وما أمروا إلا ليعبدوا الله
مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة
"Dan tidaklah mereka itu
diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas
menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat
serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang
benar."
(al-Bayyinah: 5)
Allah Ta'ala berfirman
pula:
لن ينال الله لحومها ولا دماؤها
ولكن يناله التقوى منكم
"Sama sekali tidak akan sampai
kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan
sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian." (al-Haj: 37)
Allah Ta'ala berfirman
pula:
قل إن تخفوا ما في
صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
"Katakanlah - wahai
Muhammad,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu
ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." )(ali-lmran: 29)
Pertama
وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر
بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن رزاح بن عدى بن لؤى ابن غالب
القرشى العدوى. رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
" إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله
ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها
فهجرته إلى ما هاجر إليه" ((متفق على صحته. رواه إماما المحدثين:
أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيرى النيسابورى رضي الله عنهما في صحيحهما
اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Artinya :
Dari Amirul mu'minin Abu Hafs
iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah
bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi
r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda [3] :
"Hanyasanya semua
amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap
orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya,
ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada
sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati)
atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang
imam ahli Hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin
Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari
saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, -
lazim disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab
masing-masing yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang
dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah berhubung
erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w. menyabdakannya itu ialah kerana
di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari
Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu
Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di
atas.
Oleh kerana orang itu
memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam
hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut
sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka
ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.
Bayangkanlah, betapa anehnya
orang yang berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikahwin, sedang
sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari
amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk
kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.
Bukankah tingkah-laku manusia
sedemikian itu tidak patut sama-sekali.
Jadi oleh sebab niatnya sudah
keliru, maka pahala hijrahnya pun kosong. Lain sekali dengan sahabat-sahabat
beliau s.a.w. yang dengan keikhlasan hati bersusah payah menempuh jarak yang
demikian jauhnya untuk menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya pun besar
sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan keredhaan Allah
dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang
salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. Para
imam mujtahidin berpendapat bahwa sesuatu amal itu dapat sah dan diterima serta
dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah sengaja yang disembunyikan
dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air sembahyang atau wudhu', mandi
shalat dan lain-lain sebagainya.
Perlu pula kita maklumi bahawa
barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan
kepada Allah ia mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat
hendak melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal
ini orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang
berbunyi:
"Niat seseorang itu lebih
baik daripada amalannya."
Maksudnya: Berniatkan sesuatu
yang tidak jadi dilakukan sebab adanya halangan yang tidak dapat dihindarkan
itu adalah lebih baik daripada sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan,
tetapi tanpa disertai niat apa-apa.
Hanya saja dalam menetapkan
wajibnya niat atau tidaknya,agar amalan itu menjadi sah, maka ada perselisihan
pendapat para imam mujtahidin. Imam-imam Syafi'i, Maliki dan Hanbali mewajibkan
niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan
seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad
(tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya
mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja
sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan
sudah dianggap sah.
Adapun dalam amalan yang
berdiri sendiri, maka semua imam mujtahidin sependapat tidak perlunya niat itu,
misalnya dalam membaca al-Quran, menghilangkan najis dan lain-lain.
Selanjutnya dalam amalan yang
hukumnya mubah atau jawaz (yakni yang boleh dilakukan dan boleh pula tidak),
seperti makan-minum, maka jika disertai niat agar kuat beribadat serta bertaqwa
kepada Allah atau agar kuat bekerja untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi
dirinya sendiri dan keluarganya, tentulah amalan tersebut mendapat pahala,
sedangkan kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang
saja, maka kosonglah pahalanya.
Ke dua
وعن أم المؤمنين أم عبد الله
عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "يغزو
جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم وآخرهم". قالت:
قلت: يارسول الله، كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ومن ليس منهم!؟
قال: "يخسف بأولهم وآخرهم، ثم يبعثون على نياتهم" ((متفق
عليه. هذا لفظ البخاري).
Artinya :
Dari Ummul mu'minin iaitu
ibunya - sebenarnya adalah bibinya - Abdullah yakni Aisyah radhiallahu 'anha,
berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada sepasukan
tentera yang hendak memerangi - menghancurkan - Ka'bah, kemudian setelah mereka
berada di suatu padang dari tanah lapang lalu dibenamkan-dalam tanah tadi
-dengan yang pertama sampai yang terakhir dari mereka semuanya."
Aisyah bertanya: "Saya
berkata, wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama
sampai yang terakhir, sedang di antara mereka itu ada yang ahli pasaran -
maksudnya para pedagang - serta ada pula orang yang tidak termasuk golongan
mereka tadi - yakni tidak berniat ikut menggempur Ka'bah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Ya, semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian
nantinya mereka itu akan diba'ats - dibangkitkan dari masing-masing kuburnya -
sesuai niat-niatnya sendiri - untuk diterapi dosa atau tidaknya.
Disepakati atas Hadis ini
(Muttafaq 'alaih) - yakni disepakati keshahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim - Lafaz di atas adalah menurut Imam Bukhari.
Keterangan:
Sayyidah Aisyah diberi gelar
Ummul mu'minin, yakni ibunya sekalian orang mu'min sebab beliau adalah isteri
Rasulullah s.a.w., jadi sudah sepatutnya. Beliau juga diberi nama ibu Abdullah
oleh Nabi s.a.w., sebenarnya Abdullah itu bukan puteranya sendiri, tetapi
putera saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan Sayidah Aisyah, Abdullah itu
adalah anak tiri nya. Adapun beliau ini sendiri tidak mempunyai seorang putera
pun.
Dari huraian yang tersebut
dalam Hadis ini, dapat diambil kesimpulan bahawa seseorang yang shalih, jika
berdiam di lingkungan suatu golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan
dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala mendatangkan azab atau siksa kepada
kaum itu, orang shalih itu pun pasti akan terkena pula. Jadi Hadis ini
mengingatkan kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli
kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman.
Namun demikian perihal amal
perbuatannya tentulah dinilai sesuai dengan niat yang terkandung dalam hati
orang yang melakukannya itu.
Mengenai gelar Ummul mu'minin
itu bukan hanya khusus diberikan kepada Sayidah Aisyah radhiallahu 'anha
belaka, tetapi juga diberikan kepada para isteri Rasulullah s.a.w. yang
lain-lain.
ConversionConversion EmoticonEmoticon